previous

    black over white
    in colour

Monday, July 11, 2005

george w bush yg pandainye

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima
akal, iaitu sebuah kapal terbang telah mengalami
kerosakan enjin dan sedang menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya
tetapi beg parachute kecemasan hanya ada 4.

Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz
Hashim. Malaysia perlukan aku. Kalau aku tadak,
mcmmana nanti Malaysia nak menang All England
lagi?". Lalu dia mengambil beg pertama dan terus
terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary
Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang
yg paling bercita2 tinggi dan aku juga senator New
York. Aku juga berpotensi nak jadi seorang
President". Dia pula mengambil satu beg dan terus
terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku
President US! George W. Bush. Aku ada
tanggungjawab yg berat untuk menjaga sebuah
negara yg kuat. Tambahan pula, akulah President
yg terpandai dlm sejarah US. Org Amerika mana
yg hendak melihat aku mati?". Dia terus
menyentap satu beg dan terus terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata
kepada penumpang kelima, seorang budak
berumur 10 tahun, "Saya seorang Muslim dan
saya berserah kpd Allah utk menentukan hidup
dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yg
terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada
satu lagi beg parachute utk pakcik. President
terpandai dalam sejarah US tu terambil beg
sekolah saya".

No comments: